Pages

Thursday, April 22, 2010

PROGAM PENGURUSAN BLOG MASJID



Program Pengurusan Blog Masjid telah diadakan pada 9 April 2010. Pihak Muslim Aid bersama Perimu telah menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Program ini berlangsung pada pukul 3.00 - 5.30 petang. 

Dalam program ini, pelajar-pelajar telah diagih-agihkan untuk menjadi AJK ICT masjid , yang akan berperanan untuk mengendalikan blog, menyediakan bahan-bahan dan melatih AJK masjid dalam penggunaan ICT.

Sasaran program ini adalah sehingga Jun, yang mana perlancaran program ini akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak sempena lawatannya ke Jelai 4 , dalam program penyerahan Geran kepada peneroka Felda Jelai 4.

Bagi Perimu pula, kita telah merancang penubuhan Kelab baru iaitu Kelab Rekriasi dan Kesenian bagi menampung bakat seni yang ada di sekoalh ini. Peruntukan juga akan disediakan oleh Perimu.

Terima kasih di atas bantuan dan sokongan kedua-dua wakil NGO ini yang tidak jemu-jemu membantu pihak sekolah. 

Monday, March 29, 2010

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN






KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) UNTUK TINGKATAN 1 UIAM TELAH DIADAKAN PADA HARI SELASA, 25 HB MAC DI SURAU SMK JELAI (F). KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) DIADAKAN UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN DAN PANDUAN KEPADA PELAJAR BAGAIMANA MEMBACA AL QURAN DENGAN TAJWID YANG BETUL. KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) DIPIMPIN OLEH USTAZ RIZAL BIN KEMIS.

Sunday, March 28, 2010

SEBELUM PROGRAM MERENTAS DESA



GURU-GURU BERTUNGKUS LUMUS SEBELUM PROGRAM MERENTAS DESA DIJALANKAN. SETIAP GURU DIPERTANGGUNGJAWABKAN MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM MERENTAS DESA YANG DIADAKAN PADA 25 MAC 2010..